Browse By

Ada Apa Dengan BERSIH 4.0?

BERSIH_4.0_05

sumber: http://themiddleground.sg/

Pengantar Redaksi:

Akhir Agustus kemarin demonstrasi besar meletus di negara tetangga kita Malaysia. Demonstrasi bertajuk Bersih 4.0 tersebut, menurut Maria Chin Abdullah, salah satu pemimpinnya, dihadiri oleh sekitar lima ratus ribu rakyat Malaysia. Mereka membawa beberapa tuntutan, di antaranya kebebasan berpendapat dan pengunduran diri PM Najib Razak.

Di Indonesia, demontrasi rakyat Malaysia tersebut mendapat tanggapan cukup meriah. Dukungan, entah melalui meme, status, kicauan, atau sekedar berbagi foto mengalir secara viral di media sosial. Beberapa bahkan membandingkan situasi aksi tersebut dengan pengalaman Indonesia di masa reformasi 1998.

Dukungan tersebut tentu saja membahagiakan. Dalam beberapa derajat, ini membuktikan bahwa cukup banyak lapisan masyarakat terdidik kita yang sadar dan peduli terhadap politik regional. Kesadaran dan kepedulian semacam itu adalah modal penting untuk konsolidasi gerakan perlawanan terhadap kapitalisme dan neoliberalisme di level regional—satu hal yang mutlak harus dilakukan mengingat Masyarakat Ekonomi Asean akan diberlakukan mulai akhir tahun ini.

Namun benarkah Bersih 4.0 disambut dengan suka cita yang sama oleh semua gerakan progresif di Malaysia?

Untuk menjawab hal tersebut, Islam Bergerak mengundang Sharifah Nursyahidah dari Sosialis Alternatif Malaysia untuk menuliskan pendapatnya. Apa yang diutarakan oleh Sharifah dalam tulisannya unik dan menarik karena, alih-alih merayakan, ia justru mengkritisi gerakan Bersih 4.0. Untuk menambah bobot keunikan tulisan tersebut, kami memutuskan untuk memuatnya tetap dalam Bahasa Melayu dengan memberikan beberapa arti kata dan frasa dan kepanjangan singkatan yang kami anggap akan menyulitkan pembaca .

Kami berharap ini tidak dimaknai sebagai upaya gaya-gayaan, melainkan sebuah tantangan untuk lebih memahami  saudara-saudara kita di negeri jiran sana. Percayalah, kedekatan bahasa bisa menjadi senjata ampuh untuk menerobos sekat-sekat administratif dan memperkuat persaudaraan umat manusia dalam melawan penindasan. Nabi Muhammad SAW, Simón Bolívar dan pengalaman kita sebagai bangsa di masa kolonial sudah membuktikan hal itu. Akhirul kalam, kami mengucapkan selamat membaca.***

Perhimpunan BERSIH 4.0 baru sahaja selesai di Malaysia. Ia diadakan serentak di tiga buah kota; Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak). Perhimpunan dengan tema warna kuning ini sangat aman, padahal sebelumnya ramai orang menjangkakan gas pemedih mata atau meriam air. Ini kerana keadaan politik dan ekonomi yang amat menegang; perlantikan mengejut Timbalan Perdana Menteri[i] yang baru, nilai Ringgit jatuh, kontroversi 1MDB[ii], isu korupsi dan lainnya. Justeru, ‘mood’ rakyat Malaysia juga marak. Namun, BERSIH 4.0 tenang. Bahkan, di kota seperti Kota Kinabalu, pihak polis membantu memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan setiap orang.

Setelah berakhirnya BERSIH 4.0, ada beberapa hal yang boleh kita tanyakan. Ke mana kita pergi selepas ini? Apa pula seterusnya? BERSIH pada mula diasaskan pada 2006 kerana mahu pilihan raya yang bersih dan adil. Ia dianggotai oleh organisasi masyarakat sivil dan ramai pemimpin parti pembangkang. Mereka menuntut senarai undi[iii] dibersihkan dari pengundi hantu (phantom voters), reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, masalah rasuah dan sebagainya. Perhimpunan BERSIH yang pertama diadakan pada 2007, setahun sebelum Pilihan Raya ke-12. BERSIH 1.0 dibanggakan kerana ia dikatakan memberikan kesan terhadap pilihan raya itu dimana kedudukan Barisan Nasional semakin lemah dan kalah di banyak tempat. Perkembangan ini mungkin membimbangkan pemerintah. Ini terbukti di BERSIH 2.0 pada 2011 apabila hampir 1000 orang dilaporkan ditangkap, gas pemedih mata dan meriam air digunakan, insiden pukul oleh polis, dan lainnya.

Melihat kepada banyak lagi tuntutan yang tidak didengar oleh pemerintah, perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 2012, setahun sebelum Pilihan Raya ke-13. Beberapa kes pukul dan tangkapan oleh polis dilakukan, tetapi tidak seteruk[iv] perhimpunan yang lalu. Jika perhimpunan-perhimpunan BERSIH yang sebelumnya dibayangi dengan pilihan raya sebagai isu utama, BERSIH 4.0 pula digerakkan kerana ingin Najib berundur sebagai Perdana Menteri. Namun, Najib juga sudah belajar dari semua perhimpunan BERSIH. Apalagi apabila BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 berlangsung ketika dia ialah Perdana Menteri. BERSIH juga masih sahaja menjadi batu loncatan politik untuk parti pembangkang. Justeru, ada apa dengan BERSIH 4.0? Ia adalah sesuatu pergerakan yang menjadi simbol kepada kebebasan yang tidak pernah dialami oleh orang-orang yang sebelum ini hanya timbul di dunia maya. Malah, apabila Tun Mahathir yang dahulunya Perdana Menteri, secara tiba-tiba muncul di perhimpunan BERSIH 4.0, kehadirannya disanjung sebagai negarawan padahal pemerintahannya jelas menunjukkan banyak rekod teruk. Apakah kehadiran rakyat ke perhimpunan BERSIH 4.0 membawa bersama politik yang jelas dan sedar?

Tuntutan demokrasi yang dibawa oleh BERSIH tidak menyelesaikan segala masalah rakyat biasa dan kelas pekerja. Tidak dapat tidak, ia sentiasa dibelakangi oleh parti pembangkang. Tuntutan untuk Najib berundur dan supaya Anwar dibebaskan dari tahanan, yang dilaung-laung oleh parti pembangkang jelas mendedahkan watak mereka yang hanya ingin menggunakan BERSIH sebagai kepentingan politik mereka sendiri. Mereka ingin membataskan pemikiran rakyat setakat ‘Tumbang Najib’. Ini adalah ilusi yang sentiasa dimainkan oleh parti pembangkang. Adakah masalah rakyat akan selesai dengan cara ini? Parti pembangkang berusaha untuk menonjolkan perbezaan mereka dengan Barisan Nasional, namun pada pangkalnya kedua-dua parti bergerak dalam kerangka kapitalisme yang sama. Rakyat biasa dan kelas pekerja tetap terbeban dan terdedah kepada krisis ekonomi.

Krisis kapitalisme memang bukan sahaja akan mencetuskan kekecohan politik dalam kalangan elit tetapi juga membuka peluang bagi kelas pekerja dan rakyat biasa untuk terlibat dalam perjuangan menuntut hak mereka. Maka, penglibatan dalam acara-acara demonstrasi atau perhimpunan seperti BERSIH adalah penting. Tetapi kekuatan massa ini harus digunakan untuk membentuk organisasi yang berlandaskan kemahuan rakyat biasa dan menawarkan alternatif kepada sistem kapitalisme yang tidak relevan lagi.

Organisasi yang membawa tuntutan ekonomi dan sosial rakyat harus dibentuk selain berjuang untuk hak-hak demokrasi. Perjuangan ini tidak patut dikongkong oleh kepimpinan BERSIH yang hanya ingin penukaran rejim pemerintahan tanpa melihat kepada keperluan untuk menentang sistem itu. Perjuangan untuk tuntutan demokrasi oleh BERSIH adalah diperlukan, namun ia juga haruslah melebihi BERSIH itu sendiri dan menjurus kepada pembinaan alternatif selain parti-parti politik pro-kapitalis seperti Barisan Nasional dan PR.

Anak muda, mahasiswa, parti kiri, organisasi sosialis, kesatuan pekerja dan sebagainya harus mencari jalan untuk bersama menentang sistem kapitalisme yang rakus. Demokrasi parlimen sahaja tidak cukup. Demokrasi rakyat dan kelas pekerja juga harus dicapai. Kepimpinan patut dibina dari kalangan kelas pekerja dan rakyat itu sendiri, bukan oleh golongan pro-kapitalis, neo-liberal dan oportunis, yang berlakon-lakon, seakan-akan simpati kepada keperitan rakyat. Sudah sampai waktunya untuk BERSIH ‘move on’ dan rakyat bergerak ke arah alternatif menentang kapitalisme. Jika tidak, himpunan BERSIH 5.0 akan diadakan dan begitulah seterusnya. Ia nanti hanya akan menjadi sekadar ‘brand’, sesuatu yang populis, kebencian, warna kuning, vuvuzela dan sepanduk dengan slogan menarik. Oleh itu, alternatif politik yang sangat jelas adalah lebih diperlukan sekarang.

Keterangan:

[i] Wakil Perdana Menteri

[ii] Perusahaan Milik Negara Malaysia yang diduga terkait dengan isu korupsi dalam penggunaan dana publik

[iii] Senarai undi daftar pemilih

[iv] seburuk

Penulis adalah anggota Sosialis Alternatif Malaysia dan Comittee for a Workers International (CWI) Malaysia

Print Friendly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *